Friday, March 25, 2011

SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID

Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai berasal dari golongan pembesar Mekah. Beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad S.A.W. ketika umur beliau 40 tahun dam Nabi Muhamad S.A.W. berumur 25 tahun.

Tadi saya tgk Halaqah, dorang tgh berbincang ttg isteri Nabi yg pertama ini.
Isteri inilah yg paling disayangi oleh Nabi kita.
Siti Khadijah sgt disayangi sehinggakan selepas beliau wafat pon Nabi masih menyebut2 akan kebaikan beliau.
Hal ini menyebabkan Siti Aisyah, berasa cemburu. Pada suatu hari Siti Aisyah bertanyakan sbb Siti Khadijah diingati oleh baginda walaupun sesudah wafat. Dan Nabi memberi 3 sebab :-

1. Siti Khadijah orang yang palingku sayang
2. Siti Khadijah orang yang taat beriman kepadaku
3. Siti Khadijah membenarkan dakwahku tatkala yg lain menidakkannya.

Jelas sekali bahawa Siti Khadijah amat disayangi dan hargai oleh Rasulullah
Siti Khadijah ialah perempuan Islam yang paling saya hormati dan kagumi kerana beliau amat taat kepada Allah, Islam Nabinya dan suaminya.

Siti Khadijah bersama-sama Nabi mengharungi cabaran dan tentangan org Kafir. Beliau tidak berputus asa akan Nabi Muhammad dan sentiasa menyokong dan mendorong Nabi Muhammad S.A.W.

Disaat Nabi Muhammad S.A.W. berasa gusar atau gelisah, beliau akan menenangkan Nabi, melunakkan suara dengan memberi nasihat kepada baginda dan sentiasa dibelakang Nabi semasa ditentang keras oleh Quraisy.

Betapa Nabi Muhammad S.A.W. sgt menyayanginya......
Dan sebanyak itulah yg disumbang oleh Siti Khadijah
Sumbangannya tidak terkira......kerana selepas wafat pon Nabi Muhammad S.A.W masih mengingati dan menyayanginya....

Ya Allah.....Kau jadikanlah aq sekuat Siti Khadijah yang tabah menempuhi tentangan bersama-sama Nabi Muhammad, Kau cekalkanlah aq secekal Siti Khadijah yang cekal mengharungi dugaan dan Kau jadikanlah aq setaat Siti Khadijah....taat kepada Allah , Nabinya dan suaminya....

No comments:

Post a Comment